Demo Kuasa Tembakan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia 9 Julai 2013

Demo Kuasa Tembakan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia 
9 Julai 2013

Saya telah dijemput oleh MINDEF memlalui Panggilan Pertiwi ke Demo Kuasa Tembakan TDM dan TUDM pada 9 Julai 2013. DKT ini diadakan sempena lawatan tugas oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammuddin di Kem Syed Sirajuddin, Gemenceh, Negeri Sembilan. Satu pengalaman yang jarang-jarang orang awam macam saya ini berpeluang merasainya :D








AV8 dipersembahkan kepada MENHAN. Saya dan rakan2 media apa lagi puas laa snap gambar AV8 depan2 tanpa sebarang gangguan dari MP hehehhe..Pegang pun orang tidak marah hahahaha.




MENHAN bersama PAT berserta Crew PT91M diberikan ruang dan peluang untu memandu sendiri Pendekar kebanggaan Negara ini. Aku rasa jeles yang amat tengok tapi siapa laa aku kan hahahha. Masa ini tengah gelisah ini bilaa nak pi DKT ini..aaaaaaaaaaaaaar takut batal je 




Selepas puas makan habuk masa perjalanan ke Asahan, Aku berasa amat puas dan memamg puas sangat laaa sebab dapat tengok DKT dari pesawat2 TUDM kita. Gambar di atas ini, 2 buah Hawk Mk.208 melakukan Closed Air Assault (CAS) dengan mengunakan ordnans Mk.82. Gegaran dia memang puas hati laaaa.



Paling maksimum tahap gaban adalah serangan carpet bombing dari 2 buah Pesawat SU30MKM dengan mengunakan rangkaian unguidence bom Ofab 100. Masa ini gegaran dan blast letupan ini memang meremang laa bulu roma merasa ini. Puas hati


Aku dengan Bedi bersama seorang Lt.Colonel dari Rejimen 51 RAD. Dia banyak bagi tahu result dan pandangan demo tembakan yang dilakukan. Lupa laa aku nak kenal nama dia hahaha..


Indirect Fire Demo dari pelbagai aset tempur G5 155mm Gun,105 Howitzer pack, 81mm mortar memberikan suasana yang agak melampau untuk kita ini rasa.

Sayanganya kedatangan kami tidak dapat melihat secara langsung tembakan dari PT91M Pendekar dan aset2 darat TD yang lain disebabkan kelewatan MENHAN selama 3 jam tiba di Kem. Orang cakap dah tidak ada rezeki kan. Insyaallah aku akan hadir lagi DKT nanti.


Terima kasih Major Hanafi dari Kor Pehubungan Awam Tentera Darat sebab sehabis mungkin melayan dan memberikan layanan mesra kepada kami NGO PPPM ini.

Satu Pengalaman yang amat membanggakan kepada aku kerana aku berpeluang melihat kekuatan sebenar Tentera Darat dan TUDM. Kecanggihan dan Fasiliti Kem tercanggih di Malaysia memberikan aku satu keyakinan. Ini Tentera Darat Malaysia. Gagah Setia Mempertahankan Tanah Air..

Aku suka Cogan Kata 3 Divisyen Tentera Darat "Semerah Sehitam"

GEMPUR WIRA

Laporan Penuh dan gambar penuh di Forum Panggilan Pertiwi Malaysia


Comments

Post a Comment